HIT COUNTER
hit counter
free web counter .
TAQWIM
.
BUAL BICARA

Free shoutbox @ ShoutMix
'LINK'KAN WEB ANDA DISINI
.
KISAH PERSOALAN & FAKTA MENARIK
Friday, November 30, 2007
Assalamualaikum,

Syukur, dapat kembali menulis kembali, setelah menyepi beberapa ketika. Kali ini, marilah kita perhatikan fakta-fakta berikut dan JAWAB persoalan-persoalan berikut :


  • Patutkah orang melayu dibuang status bumiputera bagi mengelakkan mereka menjadi malas?
  • Patutkah azan diperlahankan kerana mengganggu orang bukan Islam yang ingin tidur dengan nyenyak?
  • Logikkah asap dari kuil patut diabaikan kerana tidak merbahaya walaupun ia berbau lebih pekat daripada asap rokok?
  • Kenapa loceng kuil tidak boleh dipersoalkan? Adakah kerana rupa wajah serta misai penganut Hindu sangat menakutkan?
  • Kenapa kerajaan boleh meruntuhkan masjid dan surau dengan alasan bangunan suci itu ada kaitan dengan pengganas, ajaran sesat dan politik?
  • Perlukah VCD cetak rompak di biarkan kerana rakyat juga hendak cari makan untuk hidup dan pelacuran juga dihalalkan bagi mengurangkan kes rogol & sumbang mahram?
  • Betulkah orang India banyak melarat dan jadi penjenayah?
  • Benarkah Samyvellu adalah seorang menteri yang sering dipertikaikan prestasinya?
  • Tahukah anda bahawa PM pernah tertidur di dewan parlimen?
  • Kenapakah rakyat tidak dapat buat apa-apa diatas kenaikan harga keperluan asas?
  • Betulkah penulis blog akan dimasukkan ke dalam OSA atau mungkin ISA jika bongkar rahsia dan tulis berita tidak benar?
  • Perhatikan di sekeliling anda, artis, anggota tentera, pemain bolasepak, staff MCD, KFC, Pizzahut, 7-Eleven mahupun kuli di kedai nombor ekor cina, pekerjanya secara majoriti adalah Melayu. Kenapa begitu?
  • Kenapakah Mat rempit selalu disinonimkan dengan kes rogol dan ragut? Sedangkan ada juga diantara mereka yang menolong mangsa kemalangan jalanraya dan ada juga menjalankan peniagaan tukar tiub motorsikal di lebuhraya.
  • Benarkah polis malaysia cekap? Kalau betul, apa sudahnya dengan kes adik Nurin Jazlin?
  • Pasukan bolasepak negara perlu belajar sesuatu dengan pasukan Iraq. Dimana, kita punya segala kelengkapan & kemudahan yang 100% lebih baik daripada mereka, namun cara kita bermain hanya 30% pada mata mereka.
  • Perasankah kita bahawa propaganda yahudi amat menjadi, kini golongan ustaz dan ulama dilihat sinonim sekali dengan letupan, bom dan pengganas. Sedangkan kita mentup Sekolah Agama Rakyat dan dalam masa yang sama filem lucah lakonan anak muda tempatan kian tersebar.
  • Kenapakah mutakhir ini, lebih ramai ibubapa yang sanggup menghantar anak bersekolah di sekolah cina, methodist daripada sekolah agama dan tahfiz?
  • Kenapakah gelaran Dato', Tan Sri, Datuk, Datin, Tuan, Al-Hajj, menjadi buruan di Malaysia tetapi sedarlah bahawa ianya sementara dan tiada nilai di negara lain.
  • Sedarkah anda bahawa kita tiada identiti, meniru orang lain dalam segenap segi, termasuk lagu negara dan corak bendera.
  • Dikatakan juga bahawa, hampir 90% filem Malaysia berkisar tentang cinta dan kasihsayang dan meniru bulat-bulat cerita dari negara lain.
  • Setujukah anda sekiranya dikatakan bahawa, orang Islam tidak dibenarkan berjudi tetapi muka merekalah yang menghiasi tempat-tempat berjudi sabanhari?
  • Betulkah banjir besar di Johor baru-baru ini dikatakan akibat pencurian pasir yang berleluasa di negeri itu?
  • Sedarkah anda bahawa kebanyakan kita sanggup beratur ke pesta atau ujibakat tetapi tidak sanggup beratur untuk mengundi
  • Sedarkah anda bahawa banyak cop halal telah didapati palsu oleh JAKIM suatu ketika dahulu, ini juga memberitahu kita tentang betapa mudahnya logo itu direkabentuk oleh sesiapa sahaja untuk diguna ke atas bungkusan produk mereka.
  • Adakah anda tahu bahawa, RTM telah mengharamkan ahli panel dalam apa-apa forum dari memakai kopiah, berjanggut serta berpakaian berwarna hijau, kerana ianya dikatakan melambangkan imej parti PAS
  • Tahukah anda bahawa menara berkembar Petronas itu dibina oleh dua syarikat kontraktor dari Korea Selatan dan Jepun
  • Benarkah Dr. M boleh berucap menggunakan teks dengan kerap semasa pemerintahan beliau berbanding Pak Lah yang berterabur ucapannya?
  • Benarkah TNB akan 'bungkus' jika rakyat Malaysia menggunakan tenaga solar bagi menjana tenaga elektrik di rumah-rumah mereka?
  • Betulkah ustaz hanya laku apabila ada upacara membaca doa selamat & kematian
  • Betulkah ramai kalangan kita hari ini lebih gemar menyanyikan dari berzikir & mengaji?

Labels:

posted by e_where2006 @ 11:00 PM   0 comments
BERUK, PERMIT & DEMONSTRASI
Friday, November 9, 2007
Salam perjuangan...

Khas buat sahabat2 yang bertolak ke KL siang tadi..untuk menyertai demonstrasi BERSIH

Sememangnya kita sedari, walaupun ditekan & dikecam pelbagai pihak, namun perjuangan menuntut proses pilihanraya yang BERSIH mesti diteruskan. Katakan siapa sahaja dari pihak kerajaan, semuanya menentang demonstrasi tersebut.

Baik pegawai kerajaan, polis, FRU, menteri-menteri, lebih-lebih lagi perdana menteri dan menantunya sendiri. Semuanya tidak setuju, malah ada yang menggelarkan pihak pembangkang sebagai 'beruk jalanan'.

Sesuatu yang cukup melampau.

“Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam pilihanraya umum.”

Satu kenyataan amat bongkak daripada Khairy Jamaluddin. Siapa beruk? Siapa yang berperangai macam beruk?

“Ini bukan soal saya anti demokrasi, ini soal undang-undang, ini soal haram, mereka perlu ditangkap…,”

Wahh..hebat sekali dia berhujah, di bantu pula oleh RTM & TV3. Khairy jadi bongkak, bodoh sombong kerana ber’mertuakan’ Perdana Menteri barangkali. Kerana dia menantu PM, dia fikir boleh buat apa saja?.

Siapa yang berperangai macam beruk?

Khairy pun sudah lupa bahawa dia juga telah menjadi beruk kepada siapa …. Khairy sudah lupa bahawa beliau juga pernah ke jalanraya ketika membantah kehadiran Condoleezza Rice di Malaysia suatu masa dahulu. Jika dikatakan beruk kepadanya semasa mengadakan perhimpunan aman tersebut, mungkin beliau menjawab mereka ada permit. Dengan itu membezakan antara beruk atau tidak beruk adalah permit polis dan bukan perkara – perkara lain. Atau boleh dikatakan “Beruk ada permit” kepadanya.



Labels:

posted by e_where2006 @ 6:00 AM   0 comments
BERSIH
Friday, November 2, 2007

Labels:

posted by e_where2006 @ 7:15 PM   0 comments
KITA BUKAN YG PERTAMA!
SEDARLAH..

Terimalah hakikat bahawa, Afghanistan adalah negara pertama di rantau ini yang berjaya menghantar rakyatnya ke angkasa. Sebuah negara yang jauh lebih mundur dari kita. Individu berkenaan, Abdul Ahad Mohmand yang kini berusia 48 tahun itu berlepas ke angkasa dengan roket Soyuz TM6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia, Vladimir Lyakhov dan Valery Polyakov. Beliau selamat tiba di bumi pada 6 September 1988.

Walau apa pun, kita semua bangga akan pencapaian program angkasa negara tetapi dalam masa yang sama, kita ingin sekali mengkritik. Kenapa? Kerana ianya dikatakan terlalu membazir : hinggakan RM100 juta terpaksa dikorbankan untuk program berkenaan?. Ianya bukan jumlah yang sedikit. Kerana apa dikatakan membazir?

Kerana.. buat apa ke angkasa kalau kepentingan rakyat bawahan kian diabaikan!. Tambahan pula, hebat sangatkah kalau hanya menumpang ‘teksi’ orang lain untuk ke angkasa?.

Khabarnya, itupun setelah mendapat ehsan dari Rusia kerana membeli jet pejuang Sukhoi untuk Kementerian Pertahanan. Andaikata wang sebanyak itu disalurkan untuk kemudahan pendidikan, membina rumah kos rendah ataupun digunakan sebaik mungkin, mungkin ribuan pelajar tidak perlu menanggung beban riba PTPTN.

Tetapi, nilaian itu kelihatan agak kecil bagi segolongan mereka bagi menjamin survival politik parti pemerintah. Kenapa dikatakan demikian?. Kerana dikala negara kalut dengan tragedi Batu Buruk, rasuah, jenayah, video VK Lingam, kenaikan harga barang, maka program ini dilihat satu-satunya GULA-GULA yang tinggal untuk mengumpan rakyat. Jesteru, tidak hairan jika kejayaannya ke angkasa diperbesar-besarkan akbar & tv hingga menenggelamkan isu lain yang lebih penting. Walahu'alam

Labels:

posted by e_where2006 @ 1:48 AM   0 comments
ANGKA-SAWAN : DARI SISI LAIN
Tuesday, October 30, 2007
Hebat dan tahniah. Kita boleh. Malaysia boleh.

Huhh...tak habis-habis cerita pasal angkasawan. Kian panas, makin sensasi, makin meletup. Mengalahkan letupan mercun yang berdentum disana-sini. Semuanya ekoran laporan sebuah akhbar Australia yang menyifatkan Malaysia bukannya sebagai “boleh” tetapi “bodoh” apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas sebagai pelancong sahaja dan bukannya angkasawan sebagaimana yang dikecohkan.

Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia (UMNO) sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi hasilnya tiada. Tulisannya tersebar meluas dalam internet selepas Malaysia menghantar angkasawannya (sebut : pelancong angkasa) ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.

Menurutnya lagi, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia.

untitled.jpg

Ada tanggapan, bahawa pemimpin Malaysia (UMNO) semakin menunjukkan kebodohannya apabila membelanjakan wang sebanyak itu semata-mata untuk membuat ujikaji ‘bodoh’ di angkasa lepas yang telah pun dibuat oleh angsawan lain sebelumnnya. Antara ujikaji yang disifatkan boleh mentertawakan negara luar ialah putaran gasing, putaran yoyo, catuan strawberry, campuran minyak dan air serta kelajuan bola berbilang saiz.

Tentang angkasawan, Backman menulis, Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja. “Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata ‘boleh”. Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka,” tulis Backman.

Labels:

posted by e_where2006 @ 6:53 AM   0 comments
SALAM AIDILFITRI


Labels:

posted by e_where2006 @ 5:39 AM   0 comments
NURIN JAZLIN, POLIS & MEDIA
Hati ini tiba-tiba menjadi sayu. Terkenangkan arwah adik Nurin. Kalaulah dia masih ada, tentunya di malam-malam akhir syawal ini masih kalut & sibuk bermain sisa-sisa bunga api yang masih berbaki bersama rakan-rakan.

Tapi, segalanya telah ditakdirkan tuhan. Dia pergi jua diusia yang masih muda. Segalanya menjadi tanda tanya buat kita. Siapa, mengapa, bagaimana pembunuhannya berlaku?. Bersyukur kita pada mulanya kerana pihak polis bertindak pantas. Penahanan 4 orang lelaki yang dikatakan suspek yang dapat membantu menyelesaikan kes pembunuhan tersebut. Maka ramailah yang lega, akhirnya tertangkap juga SI CELAKA itu.

Tetapi, persoalannya mengapa tiba-tiba pula mereka dibebaskan? Lalu 'pak polisi' menangkap pula seorang wanita Indonesia yang dikatakan menjaga Nurin sepanjang beliau diculik. Sekali lagi kita lega, maki hamun pula kita lemparkan kepada wanita itu.

Namun, sekali lagi wanita itu dibebaskan. Alasan polis pula ialah kerana tidak cukup bukti (apa jadi pada kad SIM yang ditelannya?) Ada juga yang mengatakan wanita itu sengaja mereka-reka cerita, mencipta publisiti murahan sedangkan beliau tidak pernah berada bersamanya.

Kini pula pihak polis & media pula seolah-olah mengarahkan kita menumpukan perhatian pula kepada gambar lakaran yang turut dikatakan suspek dalam kes ini. Tengok gambar itu pun pelik, seolah-olah main tangkap muat sahaja. Mungkin selepas ini pula, polis mengatakan gambar berkenaan tersilap. Nampaknya kita kian keliru dan banyak membuat kerja yang sia-sia dan tidak terarah. Sememangnya, menjejak binatang tersebut bukanlah perkara mudah, tetapi pihak polis perlulah lebih profesional dan tidak dilihat macam berada dalam situasi terdesak.

Terbaru pula, orang-ramai marah-marah pula bagaimana gambar adik Nurin semasa dibedah siasat boleh diedarkan melalui email sedangkan lepas satu-satu suspek dibebaskan!

Media massa pula, mensensasikan lagi tragedi ini, dengan bermacam berita & ulasan. Untuk melariskan lagi jualannya. Terkadang lebih sudu dari kuah. Bagaikan tahu segala-galanya. Begitulah seadanya.

Wallahua'lam.

Labels:

posted by e_where2006 @ 4:22 AM   0 comments
BLOG MASTER


e_where2006
KUBE KRIYE.



complete profile
MUTIARA KATA
"Sabar itu ada 2, sabar dlm menanti & sabar dlm mencari"
ARKIB
Archives
Links
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SINI, KINI, TERKINI Template by Isnaini Dot Com